Monday, July 13, 2009

Trip Memancing di Pulau Memiang, Kinabatangan.



Ini je lah hasil tangkapan kami .. ikan sembilang, ikan gelama, ikan duri dan banyak lagi lah... ikan talang pun ada jugak.... tapi juara terbanyak ikan duri lah.... banyak betul masa tu air tengah pasang besar.....




Seorang nelayang baru hantar ikan kerapu (keratang) yang baru ditangkap menggunakan rawai,... berat ikan ini 37kg.. dan dibeli oleh peraih RM25.00 sekilo.... so nelayan itu dapat RM925... dlm masa tak sampai 12 jam dia dapat sejumlah wang itu.... itu baru seekor...



Menjelang pagi selepas waktu subuh..... semua nya terbungkang dalam bot kami ... tak tahan mengantuk selepas memancing semalaman....


Pengarah tengah termenung jauh.. memikir kan sesuatu.. sambil SMS kat bini kot.. hehehehheee

haaaaa.... ni tengah buat preparation sebelum hari gelap.... sebab kat sini tak dapat bekalan elektrik.. dia orang guna generator set...... Itu bot yang kami guna untuk pergi memancing... besarkan?


Ini jeti kat umah pakcik Din... tempat kami makan dan smayang... dia adalah peraih ikan pertama sebelum dijual ke pasar kawasan kg ini....


Ini lah bot yang aku naiki.. berlepas dari jeti Pasar Besar Sandakan.. mengambil masa lebih kurang setengah jam lebih. itu pun kira dah laju.. sebab bot yang aku naiki guna enjin 75hp.....